Viral Insentif RM6000, Ini Penjelasan Pihak KWSP!

Viral Insentif RM6000, Ini Penjelasan Pihak KWSP! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Viral Insentif RM6000, Ini Penjelasan Pihak KWSP!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, Info Viral, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Viral Insentif RM6000, Ini Penjelasan Pihak KWSP!
Link Artikel/Video : Viral Insentif RM6000, Ini Penjelasan Pihak KWSP!

Baca juga


Viral Insentif RM6000, Ini Penjelasan Pihak KWSP!

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenal pasti mesej tular yang mendakwa bahawa ahli yang bekerja antara 1990 dan 2018 berhak mendapat insentif RM6,000 daripada KWSP.

KWSP dalam satu kenyataan menegaskan bahawa mesej tular dan kandungan laman web itu adalah palsu dan tidak berkaitan dengan KWSP.

Mesej itu juga mempunyai pautan ke laman web palsu, yang meminta orang ramai menjawab kaji selidik bagi menyemak kelayakan mereka untuk menerima 'insentif' itu.

“KWSP percaya ia adalah cubaan penipuan data peribadi ahli bagi tujuan berunsur jenayah.

“Ahli digesa supaya tidak klik pada pautan itu atau memberikan data peribadi mereka kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak disahkan. Ahli juga diseru supaya tidak menyebarkan mesej tular tersebut,” katanya.

Semua maklumat rasmi berhubung produk dan perkhidmatan KWSP hanya akan disiarkan dalam laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my.

Ahli juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-89226000 atau e-mel melalui http://enquiry.kwsp.gov.my untuk tujuan pengesahan jika terdapat mesej berkenaan KWSP yang meragukan di media sosial.

Sumber BH