Warga Bangladesh cuba rasuah ditahan, tak sangka banyak juga dia nak bagi!

Warga Bangladesh cuba rasuah ditahan, tak sangka banyak juga dia nak bagi! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Warga Bangladesh cuba rasuah ditahan, tak sangka banyak juga dia nak bagi!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Warga Bangladesh cuba rasuah ditahan, tak sangka banyak juga dia nak bagi!
Link Artikel/Video : Warga Bangladesh cuba rasuah ditahan, tak sangka banyak juga dia nak bagi!

Baca juga


Warga Bangladesh cuba rasuah ditahan, tak sangka banyak juga dia nak bagi!

SEREMBAN - Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini kerana disyaki cuba merasuah seorang anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kira-kira pukul 1.26 petang semalam.

Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit milik isterinya di College Height Garden Resort, Pajam dekat sini ditahan reman bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 17B Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dia didakwa menawarkan rasuah wang tunai RM3,5000 kepada anggota KPDNHEP terbabit supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas isterinya yang merupakan warga tempatan kerana tidak mempunyai lesen menjual barang kawalan.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di kedai runcit berkenaan selepas anggota KPDNHEP terbabit melakukan pemeriksaan keatas barang kawalan iaitu minyak masak, tepung dan tong gas yang dijual di premis itu.

Perintah reman terhadap lelaki warga Bangladesh berusia 48 tahun itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Nur Hayatie Mohd. Saini.

Permohonan bagi mendapatkan perintah tahan reman dilakukan oleh Pegawai Penyiasat SPRM, Mohamad Faisal Othman.

Kosmo! Online difahamkan suspek masih belum memiliki status penduduk tetap.

Sumber- K! ONLINE