Sayu... Lelaki maut digilis treler 16 tan

Sayu... Lelaki maut digilis treler 16 tan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Sayu... Lelaki maut digilis treler 16 tan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Sayu... Lelaki maut digilis treler 16 tan
Link Artikel/Video : Sayu... Lelaki maut digilis treler 16 tan

Baca juga


Sayu... Lelaki maut digilis treler 16 tan

Mangsa Ong Kim Hong maut di tempat kejadian selepas digilis sebuah treler 16 tan dalam satu kemalangan di susur keluar selepas bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Tun Razak di ibu negara. 
 
KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 58 tahun maut setelah digilis sebuah treler seberat 16 tan dalam satu kemalangan di susur keluar selepas Bulatan Kampung Pandan menghala ke Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian sekitar pukul 2.05 petang itu, mangsa, Ong Kim Hong, 58, sedang menunggang motosikal seorang diri di lorong kiri jalan.

“Sebaik tiba di kawasan kejadian yang mempunyai dua lorong motosikal mangsa telah bergesel dengan sebuah treler seberat 16 tan menyebabkannya terjatuh ke atas jalan raya.

“Mangsa yang berasal dari Kepong itu kemudiannya digilis oleh treler tersebut dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan yang parah pada kepala,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Zulkefly, pemandu treler terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Setakat ini belum ada saksi yang tampil memberikan kenyataan dan kawasan tersebut juga tidak mempunyai televisyen litar tertutup (CCTV).

“Siasatan berhubung kejadian kini masih berjalan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau. - K! ONLINE