Isteri kedua sanggup jamin suami

Isteri kedua sanggup jamin suami - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Isteri kedua sanggup jamin suami, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Isteri kedua sanggup jamin suami
Link Artikel/Video : Isteri kedua sanggup jamin suami

Baca juga


Isteri kedua sanggup jamin suami

INILAH Kampung Lindungan, Petaling Jaya yang menempatkan sebuah rumah tempat seorang kontraktor binaan memukul isteri tuanya pada 26 Ogos lalu. 
 
PETALING JAYA – Seorang isteri kedua sanggup membayar jaminan sebanyak RM10,000 terhadap suaminya yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan memukul isteri pertama dengan menggunakan tali pinggang pada bulan lalu.

Bagaimanapun, suami tersebut yang bekerja sebagai kontraktor binaan mengaku tidak bersalah memukul isteri pertama selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.

Mengikut pertuduhan, Azwardi Zaidi, 32, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Nurul Nadia Mohammad Salleh, 29, dengan memukul wanita itu menggunakan tali pinggang dan menyebabkan kecederaan pada bahagian badan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Lindungan di sini kira-kira pukul 2.30 petang pada 26 Ogos lalu.

Bapa lima anak itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut jika sabit kesalahan.

Sumber Kosmo