Balik Pulau: 'Beach boy' didakwa cabul kehormatan pelancong

Balik Pulau: 'Beach boy' didakwa cabul kehormatan pelancong - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Balik Pulau: 'Beach boy' didakwa cabul kehormatan pelancong, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Balik Pulau: 'Beach boy' didakwa cabul kehormatan pelancong
Link Artikel/Video : Balik Pulau: 'Beach boy' didakwa cabul kehormatan pelancong

Baca juga


Balik Pulau: 'Beach boy' didakwa cabul kehormatan pelancong

ANGGOTA polis mengiringi Syed Salam Abu Bakar Sidik ketika dibawa ke Mahkamah Majistret, Balik Pulau. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

BALIK PULAU: Seorang 'beach boy' warga Rohingya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dakwaan menggunakan kekerasan untuk mencabul kehormatan seorang pelancong Qatar, bulan lalu.

Bagaimanapun, kes ditunda ke 15 Ogos ini bagi melantik jurubahasa membacakan kertas pertuduhan ke atas Sayed Salam Abu Bakar Sidek, 31, yang memiliki kad pelarian Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Dalam prosiding hari ini, jurubahasa mahkamah membaca kertas pertuduhan ke atas tertuduh di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Monkey Beach, Teluk Bahang, jam 3.30 petang 30 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili, manakala pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Christhoper Enteri Mawan.

Mahkamah menetapkan 15 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes, dan tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin. Isteri tertuduh turut hadir pada prosiding hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan polis menahan tiga lelaki di Monkey Beach disyaki cuba mencabul seorang pelancong dari Qatar, 30 Julai lalu.

Suspek terdiri daripada dua warga Rohingya berusia 31 dan 28, serta seorang lelaki Bangladesh berumur 43 tahun.

Sumber BH