Isteri lari, lelaki mahu bunuh diri bersama anak

Isteri lari, lelaki mahu bunuh diri bersama anak - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Isteri lari, lelaki mahu bunuh diri bersama anak, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Isteri lari, lelaki mahu bunuh diri bersama anak
Link Artikel/Video : Isteri lari, lelaki mahu bunuh diri bersama anak

Baca juga


Isteri lari, lelaki mahu bunuh diri bersama anak

Akibat tertekan kerana isteri lari pulang ke negara asal, seorang lelaki berkurung bersama-sama dua anaknya sebelum membuka injap tong gas petroleum cair (LPG) dipercayai dalam cubaan untuk membunuh diri dengan membakar rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku pada jam jam 12.25 tengah hari, selepas lelaki berusia 44 tahun itu mengambil dua anaknya berusia tujuh dan lapan tahun pulang dari sekolah.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Azlan Mahayiddin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu lima minit kemudian sebelum lapan anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.

"Lelaki itu meletakkan tabung gas di tengah rumah dan turut bertindak cuba meminum racun yang sudah diletakkan di dalam cawan, namun dua anaknya tidak diberikan racun.

"Bomba dan polis kemudian cuba memujuk lelaki itu dan memegang anak mangsa yang berada berhampiran tingkap yang sudah dibuka hasil pujukan, supaya gas dapat keluar daripada rumah itu.

"Pada masa sama, anggota lain cuba membuka pintu belakang rumah mangsa, sementara sebahagian lain meneruskan pujukan supaya lelaki itu tidak pergi ke bahagian belakang.

"Tindakan itu untuk memudahkan anggota memasuki rumah berkenaan dan tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan mereka selepas 15 minit usaha memujuk dilakukan," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Azlan berkata, jiran mangsa memaklumkan lelaki berkenaan mempunyai masalah keluarga dan isterinya yang juga wanita warga Vietnam sudah pulang ke negara asal meninggalkan mereka tiga beranak.

"Ketika kejadian hanya tiga beranak itu sahaja di rumah dan usaha memujuk serta menyelamatkan semua mangsa turut dibantu enam anggota polis.

"Tiga beranak itu berjaya diselamatkan namun anak lelaki mangsa berada dalam ketakutan akibat kejadian itu dan mereka dihantar ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Katanya, kedua-dua anak lelaki mangsa kemudian diserahkan kepada waris keluarga, manakala bapa mereka diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi tamat sepenuhnya pada 12.55 tengah hari.

Sumber BH