Rumah total lost: AG Coco

Rumah total lost: AG Coco - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rumah total lost: AG Coco, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rumah total lost: AG Coco
Link Artikel/Video : Rumah total lost: AG Coco

Baca juga


Rumah total lost: AG Coco

RUMAH milik ibu bapa kepada anggota kumpulan Hujan iaitu AG Coco atau Mohd. Hezry Mohd Hafidz, 34, dilaporkan musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di kampung halamannya, di Alor Star, Kedah, semalam.

Jelas AG Coco menerusi beberapa posting di Instagram, termasuk di Insta Stories miliknya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu, kedua ibu bapanya tidak sempat menyelamatkan barangan penting dan hanya menyedari rumah terbakar setelah api sudah marak.
.


"Terima kasih atas keprihatinan dan ucapan takziah semua. Pada yang bertanya keadaan macam mana, rumah memang musnah sepenuhnya, tak ada apa yang dapat diselamatkan.

"Ketika kejadian ibu bapa saya sedang tidur dan hanya sedar setelah terasa bahang dan bunyi kayu patah. Bila buka pintu hanya nampak api yang sedang marak dan mereka terus berlari keluar meminta pertolongan.

"Bagaimanapun apabila bomba sampai, rumah memang sudah separuh terbakar kerana angin kuat pada malam itu dan punca kebakaran masih belum diketahui," ujarnya.

Tambah AG Coco, dia bagaimanapun bersyukur kedua ibu bapanya terselamat dan kejadian itu dan mengucapkan terima kasih pada semua pihak yang menghulurkan bantuan.

"Sekali lagi, terima kasih untuk doa-doa, sokongan, yang datang ziarah, yang menghulurkan sumbangan kewangan, yang menelefon.

"Tak lupa juga yang tolong kemas, hantar baju, tudung, makanan, barang keperluan lain dan sebagainya.

"Semoga ALLAH SWT membalas jasa dan budi baik semua, Insya-ALLAH," tulisnya.

Sumber SH
.