"Dia minta saya bayar USD 1,000, kalau tak..." -Lufya Omar

"Dia minta saya bayar USD 1,000, kalau tak..." -Lufya Omar - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk "Dia minta saya bayar USD 1,000, kalau tak..." -Lufya Omar, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Hiburan, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : "Dia minta saya bayar USD 1,000, kalau tak..." -Lufya Omar
Link Artikel/Video : "Dia minta saya bayar USD 1,000, kalau tak..." -Lufya Omar

Baca juga


"Dia minta saya bayar USD 1,000, kalau tak..." -Lufya Omar

Lufya Omar bersama suaminya.
PETALING JAYA: Pelakon Lufya Omar memberitahu dia berhadapan dengan pengalaman buruk apabila telefon bimbitnya digodam individu tidak bertanggungjawab.

Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar berkata, perkara itu dipercayai dilakukan oleh individu dari negara luar yang berjaya memasuki e-mel dan akaun Instagramnya pada Februari lalu.

"Bulan lalu telefon bimbit saya digodam sehingga e-mel dan Instagram saya boleh dimasuki oleh pihak tersebut. Individu itu mengaku berasal dari Iran dan menghubungi saya untuk meminta wang jika mahu semua maklumat dan akaun Instagram saya semula.

"Dia minta saya membayar USD1,000 dan jika saya tidak bayar dia buang gambar dan pengikut Instagram saya," ujarnya kepada mStar Online.

Lufya ditemui pada majlis pelancaran Projek Squad Celebrity Global Volunteers yang diadakan di Royale Chulan, di sini, Selasa.

Sementara itu, Lufya memberitahu perkara berkenaan terjadi mungkin disebabkan tindakannya menggunakan Wi-Fi awam.

Pelakon drama Umairah itu berkata, dia sudah membuat laporan polis berkaitan perkara berkenaan.

"Saya sudah buat laporan polis bagi melindungi keselamatan. Setakat ini gambar saya di Instgaram semua sudah dibuang.

"Pengikut Instagram pula lebih separuh juga sudah hilang gara-gara saya tidak ikut permintaannya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Lufya bersama 11 rakan selebriti bakal menyertai misi kemanusiaan ke empat buah negara iaitu Malawi, Bosnia, India dan Filipina pada hujung bulan ini.

SUMBER MSTAR