Kanak-kanak maut leher dikelar ibu kandung

Kanak-kanak maut leher dikelar ibu kandung - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Kanak-kanak maut leher dikelar ibu kandung, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Kanak-kanak maut leher dikelar ibu kandung
Link Artikel/Video : Kanak-kanak maut leher dikelar ibu kandung

Baca juga


Kanak-kanak maut leher dikelar ibu kandung


Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan maut selepas lehernya dikelar ibu kandungnya di Felda Jengka, Maran di Pahang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ACP Othman Nayan berkata suspek yang berusia 31 tahun itu dipercayai mengelar anaknya di bilik tidur rumahnya pada 8.40 malam kerana mengalami halusinasi.

"Kejadian disedari oleh bapa mangsa yang mendakwa telah menolak suspek apabila melihat dia mengelar leher mangsa yang merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dengan menggunakan pisau.

"Bapa mangsa membawanya ke Hospital Jengka, namun mangsa telah disahkan meninggal dunia menyebabkan pihak hospital memaklumkan kejadian kepada polis," katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.

Othman menambah suspek telah ditahan sejurus kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Katanya, polis telah mengambil keterangan bapa mangsa dan didapati suspek tidak pernah mendapatkan rawatan mental di mana-mana hospital sebelum ini.

- Bernama
Sumber MK