Najib, keluarga bercuti di Langkawi

Najib, keluarga bercuti di Langkawi - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Najib, keluarga bercuti di Langkawi, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Najib, keluarga bercuti di Langkawi
Link Artikel/Video : Najib, keluarga bercuti di Langkawi

Baca juga


Najib, keluarga bercuti di Langkawi


LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan 12 ahli keluarganya tiba di pulau pelancongan ini untuk bercuti sempena Aidilfitri, malam tadi.

Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berkata, Najib bersama ahli keluarganya sering bercuti di sini pada hari raya untuk berehat.

"Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 7.50 malam dan disambut pemimpin UMNO negeri.

"Bagaimanapun, tiada perjumpaan rasmi bersama pemimpin UMNO negeri diadakan. Sebaliknya, kedatangan kami hanya menyambut beliau yang mahu bercuti.

"Esok beliau (Najib) akan bermain golf dan bersantai sambil menyediakan barbeku bersama keluarganya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah Nor Saidi Nanyan berkata, kedatangan mereka di lapangan terbang hanya sekadar ingin memberi sokongan moral kepada Najib sekeluarga.

"Tiada perjumpaan tertutup bersama pemimpin UMNO sebaliknya beliau datang ke sini bersama keluarga untuk bercuti," katanya.

Sumber BH