Patutlah! Rupanya Ini Sebab Syed Hamid Umum Keluar UMNO

Patutlah! Rupanya Ini Sebab Syed Hamid Umum Keluar UMNO - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Patutlah! Rupanya Ini Sebab Syed Hamid Umum Keluar UMNO, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Patutlah! Rupanya Ini Sebab Syed Hamid Umum Keluar UMNO
Link Artikel/Video : Patutlah! Rupanya Ini Sebab Syed Hamid Umum Keluar UMNO

Baca juga


Patutlah! Rupanya Ini Sebab Syed Hamid Umum Keluar UMNO


Bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Umno bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.

Kini kata Syed Hamid Umno ialah pertubuhan yang bersifat mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan sendiri berbanding mengambil berat hal rakyat.

Menurut bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu menambah, beliau dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno.

Justeru Syed Hamid melihat arwah ayahnya berkorban serta kecintaan terhadap parti dan negara menjadikan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan.

Selama beberapa dekad katanya lagi sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk Umno.

"Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain secara sangat seimbang, adil dan pemurah.

"Parti ini bukan saja memperjuangkan orang Melayu tetapi begitu prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama," katanya.

Malangnya kata Syed Hamid sifat itu tiada lagi dalam Umno.

Walaupun perit, katanya, beliay terpaksa mengaku ideologi serta falsafah parti tersebut sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah - tidak demokratik.

Syed Hamid yang mempunyai latar belakang undang-undang serta pernah berkhidmat sebagai menteri menambah, pemimpin Umno sekarang menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat.

Lebih buruk, katanya, pemimpin yang sama itu menunjukkan sikap penafian yang melampau, mengetepikan ketelusan serta kedaulatan undang-undang untuk kepentingan peribadi.

"Kepemimpinan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkah imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya.

Sumber MK