Pertemuan Dgn Tun Mahathir, Ini Jawapan Zahid Selepas Dihubungi Pihak Media!

Pertemuan Dgn Tun Mahathir, Ini Jawapan Zahid Selepas Dihubungi Pihak Media! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Pertemuan Dgn Tun Mahathir, Ini Jawapan Zahid Selepas Dihubungi Pihak Media!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Pertemuan Dgn Tun Mahathir, Ini Jawapan Zahid Selepas Dihubungi Pihak Media!
Link Artikel/Video : Pertemuan Dgn Tun Mahathir, Ini Jawapan Zahid Selepas Dihubungi Pihak Media!

Baca juga


Pertemuan Dgn Tun Mahathir, Ini Jawapan Zahid Selepas Dihubungi Pihak Media!


KUALA LUMPUR: Bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Ini merupakan pertemuan pertama antara pemimpin tertinggi UMNO itu bersama Perdana Menteri sejak kerajaan Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Ahmad Zahid turut memuat naik sekeping gambar bersama Dr Mahathir di laman sosial Twitter dan Instagram peribadinya.

"Pertemuan tersebut berkisar tentang perbincangan mengenai perkembangan semasa politik negara.

"Pertemuan ini pastinya didambakan oleh semua pihak dan kami berterima kasih di atas layanan mesra Tun Mahathir," kata Ahmad Zahid ketika dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan intipati pertemuan selama lebih 40 minit itu.

"Pertemuan juga ada berkait dengan isu-isu masa lampau, tetapi biarlah ia menjadi rahsia kami berdua," katanya.

Ahmad Zahid kemudian bergegas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki pesawat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah.

Beliau dijangka pulang ke Malaysia sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Sumber AWANI