Rupanya ini punca Kadir letak jawatan ketua media Majlis Penasihat Kerajaan

Rupanya ini punca Kadir letak jawatan ketua media Majlis Penasihat Kerajaan - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Rupanya ini punca Kadir letak jawatan ketua media Majlis Penasihat Kerajaan, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Rupanya ini punca Kadir letak jawatan ketua media Majlis Penasihat Kerajaan
Link Artikel/Video : Rupanya ini punca Kadir letak jawatan ketua media Majlis Penasihat Kerajaan

Baca juga


Rupanya ini punca Kadir letak jawatan ketua media Majlis Penasihat Kerajaan


Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin hari ini meletakkan jawatannya sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan.

Katanya peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang sebelum ini pernah menjadi ketua pengarang kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd berkata langkah yang diambil itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.

"Ini adalah semata-mata keputusan saya demi mengelak kekeliruan di kalangan anggota masyarakat berkaitan peranan saya dalam Majlis Penasihat Kerajaan, serta pandangan saya di dalam blog serta kolum mingguan di akhbar Sinar Harian," katanya.

Menurut Kadir, walaupun bertugas sebagai ketua media dan komunikasi kepada majlis yang ditubuhkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) tulisan beliau di blognya bersifat pandangan peribadi.

"Segala pendapat yang saya zahirkan di dalamnya adalah pendapat saya semata-mata.

"Saya menulis atas kapasiti sebagai seorang bloger dan tiada kaitan dengan sebarang jawatan yang mungkin saya pegang," katanya.

Pengunduran diterima majlis

Bagaimanapun, menurut Kadir ada wartawan dan pihak lain yang memetik pandangan itu dan mengaitkannya dengan kedudukan beliau sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan.

Bagi mengelak kesipuan kepada majlis itu serta dan percanggahan kepentingan di pihaknya, Kadir berkata, beliau mengundurkan diri.

"Hal ini telah dipersetujui oleh Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

"Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Daim atas kepercayaan dan keyakinan mereka kepada saya," katanya.

Kadir ialah wartawan yang disegani ramai dan ketajaman pandangannya sering menjadi perhatian.

Bagaimanapun pada 4 Jun lalu satu hantara dalam blognya dipertikaikan apabila beliau menyentuh mengenai dana yang didakwa digunakan kerajaan bagi membiayai keperluan Yang di-Pertuan Agong.

Pandangan itu menarik perhatian ramai, termasuk Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun Kadir menasihati Anwar supaya mendapatkan maklumat sahih daripada tulisan asal dan bukannya berdasarkan laporan pihak ketiga.

Polis juga kemudian membuka kertas siasatan ke atas Kadir dan menyiasatnya mengikut Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan berkaitan memfitnah.

Menurut Kadir walaupun tidak lagi mempunyai jawatan dalam majlis tersebut beliau akan tetap memberikan tenaganya untuk negara.

"Saya akan terus menyumbang bakti kepada tanah air kita yang tercinta ini dan rakyat jelatanya dengan cara terbaik yang saya ketahui, iaitu menerusi mata pena saya," katanya.

Sumber MK