Shahidan Masuk Hospital. Ini Tindakan Mat Sabu Yang Dipuji Ramai Netizen!

Shahidan Masuk Hospital. Ini Tindakan Mat Sabu Yang Dipuji Ramai Netizen! - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Shahidan Masuk Hospital. Ini Tindakan Mat Sabu Yang Dipuji Ramai Netizen!, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Politik, Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Shahidan Masuk Hospital. Ini Tindakan Mat Sabu Yang Dipuji Ramai Netizen!
Link Artikel/Video : Shahidan Masuk Hospital. Ini Tindakan Mat Sabu Yang Dipuji Ramai Netizen!

Baca juga


Shahidan Masuk Hospital. Ini Tindakan Mat Sabu Yang Dipuji Ramai Netizen!


KUALA LUMPUR - Perbezaan politik tidak menghalang Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menziarahi Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di hospital.

Melalui laman Twitternya, Mohamad memuatnaik gambar beliau melawat Shahidan di Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini, hari ini.

Dalam keterangan di gambar tersebut, Mohamad turut mendoakan agar Shahidan kembali pulih.

“Melawat sahabat lama, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim di Pusat Rehabilitasi, Cheras, Kuala Lumpur. Marilah kita mendoakan kesihatan beliau semakin baik. Amin,” tulisnya.
Perkongsian Mohamad itu turut mendapat pujian pengikut-pengikutnya yang menyifatkan beliau seorang yang profesional.

“Bagus, bila patut politik, kita berpolitik, bila patut berukhwah, lupakan hujah perbezaan,” tulis pengguna yang menggunakan akaun @hajibukho1.

“Steady Bang Mat. Persahabatan merentasi politik,” tulis pemilik akaun @anokmokpok.  

Sebelum ini, Shahidan menafikan laporan media yang mendakwa beliau mengalami strok kecil baru-baru ini.

Menurut laporan sebuah portal, Shahidan hanya mengalami kebas di kakinya.

Sumber yang rapat dengan Shahidan berkata, bekas Menteri Besar Perlis itu dipercayai mengalami sindrom Guillain-Barré iaitu gangguan dalam sistem imun yang menyerang sel saraf sihat dalam sistem saraf periferal badan.

Sumber SH