Lelaki maut dipukul bekas jiran dengan pemutar skru tayar

Lelaki maut dipukul bekas jiran dengan pemutar skru tayar - Salam/Hi sahabat VHarian, Dalam video/artikel kali ini bertajuk Lelaki maut dipukul bekas jiran dengan pemutar skru tayar, kami telah menyediakan konten ini dengan baik untuk anda tonton atau baca dan ambil informasi melaluinya. Semoga isi perkongsian Info Semasa, yang kami kongsikan ini dapat anda fahami. Baiklah, selamat menonton/membaca artikel di bawah. Sekiranya tidak faham, boleh scroll ke bawah untuk terus lihat video/artikel berkenaan.

Tajuk : Lelaki maut dipukul bekas jiran dengan pemutar skru tayar
Link Artikel/Video : Lelaki maut dipukul bekas jiran dengan pemutar skru tayar

Baca juga


Lelaki maut dipukul bekas jiran dengan pemutar skru tayar

Anak mangsa (kiri) memberi keterangan kepada polis selepas bapanya, Choor Por, 74, maut selepas bertengkar dengan bekas jiran mereka di Bangunan Foo Yip Kai, Jalan Sultan Iskandar, Ipoh

IPOH - Seorang lelaki warga emas maut selepas dipercayai dipukul dengan pemutar skru tayar oleh bekas suami jirannya dalam satu pertengkaran di perkarangan rumah mereka di Bangunan Foo Yip Kai, Jalan Sultan Iskandar di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, pergaduhan itu tercetus apabila mangsa, Choor Por, 74, dipercayai mengambil gambar suspek sebelum berlakunya pertikaman lidah antara mereka.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, siasatan awal mendapati, suspek berusia 51 tahun mengunjungi rumah bekas isterinya untuk menghantar anak perempuan mereka ke Terminal Bas Amanjaya.

Menurutnya, suspek telah berselisih dengan mangsa bersama isteri dan dua anaknya sebelum berlakunya pertengkaran.

"Sewaktu bertengkaran berlaku, suspek bertindak mengeluarkan pemutar skru tayar sebelum berlakunya pergelutan antara mereka. Suspek juga dipercayai mencekik mangsa sebelum dia terjatuh.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, polis telah menahan suspek ketika lelaki itu sedang menerima rawatan di hospital sama.

Jelasnya, pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat dua kesan kecederaan di kepala dipercayai dipukul dengan pemutar skru tayar itu.

"Bagaimanapun, kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

"Siasatan lanjut mendapati, dua keluarga ini sering berselisih faham sejak lapan tahun lalu dan pernah membuat beberapa laporan polis sejak 2014," katanya.

Tambahnya, berdasarkan kejadian sebelum ini, mereka juga dipercayai tidak berpuas hati dalam banyak perkara seperti kes menghendap di kawasan rumah dan kes kecurian.

Ujarnya, siasatan masih diteruskan dengan mengambil keterangan ahli keluarga mangsa dan jiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - K! ONLINE